Search This Blog

Wednesday, August 3, 2011

.....

kejap je da bulan ramadhan,..nanti syawal menjelma...
masa berlalu sgt pantas..anual leave aku pun da abis..tapi skang baru bulan 8..ada 4 bulan lagi..haihss..
minyak kete aku rase mcm semalam je isi full, arini dah tggl satu kotak je?..lincah2..sesat di kota singa...
baru 2 mggu lepas aku beli baju chelsea special edition..skang da tak bape nak muat?...aneh2...

kite tak tau ape yg akan terjadi di masa depan...semuanya sgt pantas..berlalu...

mcm lapar lak..padehal baru je balik mengeteh kat mamak...zzz...

ni nukilan ape ntah...aku pun tak phm..sgt pantas sampai nak tulis tajuk pun tak sempat...

.....

Wednesday, July 20, 2011

Rasakan kuasa, tamparan wa!

Zaman-zaman aku tengah nak hafal sifir 3 pun masih berkerut dahi dulu, aku banyak bergaul dengan budak lebih dewasa. Bukan apa, sebab itu jam kanak2 ada bape kerat je, jadi walaupun aku masih darjah kecil-kecil, member-member aku semuanya dah tingkatan besar-besar.

Petang-petang aku main bola dengan member-member tingkatan besar-besar. Dalam setengah jam main bola, ada dalam sekali dua saja aku dapat bola. Dem it, mereka ingat aku kecil aku tak handal! Mereka tak tahu aku boleh jadi handal serupa Ozil bila dah besar nanti. (Tapi kerana dasar pembangunan bola sepak Malaysia hasil teraju FAM yang serupa cacat lahir, bakat sebagus Ozil pun boleh berkubur, percayalah).

Satu petang, member tingkatan besar-besar aku, Ajis menghampiri aku yang ketika itu sedang ralit bermain basikal.
"Aku rasa tayar basikal kau ni angin tak cukup, dah nak pancit gayanya", Ajis belek-belek tayar depan basikal aku.
"Habis tu, apa aku nak buat?", tanya aku yang ketika itu baru nak berjinak-jinak dengan dunia perbasikalan.
"Kau pergi kedai Ah Peng hujung kampung sana, bagitau dengan dia kau nak pam tayar", ujar Ajis serius, muka langsung-langsung tak senyum. Aku pun jadi serius sama. Aku rasa itu perkara yang mustahak dan tak boleh diambil mudah.

Maka petang tu aku kayuh basikal dalam sebatu lebih pergi kedai Ah Peng.

"Ah Peng, saya nak pam tayar basikal, macam dah nak pancit gayanya ni", gua minta tolong Ah Peng. Muka aku maintain serius, baru nampak ada keyakinan dan steady.
"Ok dik, sekejap haa", Ah Peng senyum-senyum, sambil pura-pura pam tayar depan basikal aku.
Tak sampai 5 saat kemudian..
"Ok siap! Lagi 10 tahun tarak pam pun takpa, baik punya angin wa sudah kasi masuk", Ah Peng menurunkan sedikit ilmu perbasikalan beliau kepada aku. Aku angguk-angguk senyum.
"Terima kasih Ah Peng".
Aku kayuh basikal laju-laju. Tak sabar-sabar aku nak cerita hal tu kepada Ajis.

****
"Ajis, aku dah pergi pam tayar basikal. Ah Peng cakap 10 tahun tak pam pun takpe lepas ni", aku cerita pada Ajis dan kawan-kawan sambil menongkat basikal.
Kah kah kah kah!
Ajis dengan budak-budak lain bantai gelak sama gua secara berjemaah. Ada yang berguling-guling. Ada yang menangis. Ada yang menghantuk-hantukkan kepala dekat pintu locker.
"Apa benda?", aku mula rasa tak sedap hati.
"Itu tayar mati! kah kah kah!", Ajis sambung gelak sambil gosok perut dengan tangan kiri.
Paaaapp!
Aku tampar muka Ajis pakai backhand.
****************
Skang, klu aku terserempak ngan Ajis, aku wat2 gaya back hand, ternyata dia masih cuak. Begitulah kesan yg sgt besar ketika ini dari tgn yg sgt kecil ketika itu. Ah Peng pula gagal di kesan di kampung aku mahupun di Google.com.

********************

Ok, aku da boleh balik rumah kot..zzzz...

Monday, July 18, 2011

zzzz

nurul shuhada nurul ain mohd zain da nikah da..haihs....haihs!

Friday, May 20, 2011

may i speak english????

Da lama tak tgk2 goblog ni ha..smlm mase outstation, meeting ngan mat salleh..aku terpikir lak nak wat karangan ni jap..it all about spontaneuos, spontan=jujur :)

Ok let me start, yeahh

Nak jadi power bercakap inggeris macam aku sekarang ini bukanlah kerja sehari dua. Ini kerja makan tahun juga sebab melibatkan minat dan daya usaha. Jadi bila dah power bercakap inggeris macam sekarang ini, kalau sekadar tengok DVD orang putih tu selamba je kot saja aku hide subtitle. Orang power bahasa inggeris, mana ada baca subtitle bila tengok DVD. Even bila aku tengok movie di cinema pun aku tak baca subtitle yang keluar di bawah skrin. Tengok tu aku pakai perkataan 'even' dalam ayat aku. Kalau lu orang tak faham aku minta maaf awal-awal. Tapi tak faham ke? Haihs~

Tapi ini semua hasil usaha titik peluh aku dulu ambil MUET. Jangan tanya aku MUET tu apa, aku tak ada kuasa nak menjawabnya. Orang yang pernah ambil MUET saja tahu macamana powernya orang yang ambil MUET ni. Ibaratnya, hanya perdana menteri saja yang tahu susahnya jadi perdana menteri. Dipendekkan katanya,paling power benda alah MUET ini adalah bila ujian lisan, kena bersoal-jawab dan bercakap dalam bahasa inggeris. Itu jam aku agak goyang2 juga nak bercakap bahasa inggeris. Ketar lutut jugalah nak bercakap inggeris sambil buat-buat cool.

"What's your childhood dream?" soal perempuan itu.

Aku termenung sekejap. Sekejap saja aku termenung, tak lama pun. Kemudian aku senyum dan jawab begini..

"When I was a kid I thought I wanted all the things that I haven't got...oh I learned the hardest way. Then I realized what it took to tell the difference between Thieves and crooks..a lesson learned to me and you."

Perempuan itu nampak kagum. Aku tersenyum sambil tahan ketawa. Kemudian kami bertukar2 no telefon, then bla bla bla(tak menarik utk diceritakan)

Jadi, lu orang understand ke tidak apa yang wa jawab tu? Power gila tatabahasa yang aku pakai itu jam. Bukan calang-calang orang boleh bercakap inggeris jawab MUET tatabahasa baik macam aku jawab. Hanya orang-orang yang fasih berbahasa inggeris dan hafal lagu Green Day - Macy's Day Parade saja yang mampu jawab begitu.

Hahaha! cacat2...

Thursday, April 28, 2011

TECHNICAL REPORT SMM3

TECHNICAL REPORT SMM3


Hoist brand                  : L8304 Italkrane hoist

Problem                       : Hoist movement intermittent (on/off)

Causes                         : Supply cable at control pendant has broken

Solution                        :   - Change a new wire for supply cable at control pendant and  
       main supply.
                                        - Check the cable status have 12 cable but only used 8 cable, and
                                           balance 4 cables. We use only one cable from the balance so    
                                           total left 3 cables.
- We use the balance cable to loop and rewiring back the
   damage cable. So the problem being solve by only using the
   balance cable. Also rewiring back at the pendant control and
   the junction box
           
           
Please refer service report for additional information (recommended parts)

- Chain rubber buffer at bottom block need to be change for safety purpose due to already exhausted.

Control push-button panel
EX version

Pembunuh Upahan: Episod Kain Pelikat



Kepala katil gua terajang berkali-kali sampai kaki naik lenguh. Cadar berkeronyok kedut sana-sini. Kipas syiling berpusing kelajuan maksimum. Laju betul. Di tepi kepala katil ada aiskrim perisa vanila yang belum habis dan sepeket cokelat berjenama yang hanya orang bajet bajet terer saja mampu makan. Kesan darah berpercikan di hampir segenap sudut bilik.

"Sabit mana sabit?" tanya gua kepada Mesut Ozil. Mesut Ozil berterabur lari ke dapur lalu membuka peti sejuk. Diambilnya satu plastik yang entah apa isi di dalamnya.

"Ini dia boss.." nada suara Mesut Ozil bergetaran. Tangannya terketar-ketar. Kain pelikat nipis yang dipakai Mesut Ozil gua perati atas ke bawah.

"Kau pakai kain pelikat aku ya?" gua jadi suam.

"Sori boss, seluar saya penuh dengan darah.." Mesut Ozil nampak ketakutan. 

Paaaap! Gua tampar Mesut Ozil di pipi. Mesut Ozil jatuh sampai terlucut kain pelikat separuh.

Gua senyum garang sambil sambung main Angry Bird.


*****Segmen dlm lu langsi, lu tido mati!*****

Tuesday, April 26, 2011

time to change

time to change due to time is tide, wait for no man,

time is wait for no man, due to tide and to change,

@@