Zaman-zaman aku tengah nak hafal sifir 3 pun masih berkerut dahi dulu, aku banyak bergaul dengan budak lebih dewasa. Bukan apa, sebab itu jam kanak2 ada bape kerat je, jadi walaupun aku masih darjah kecil-kecil, member-member aku semuanya dah tingkatan besar-besar.
Petang-petang aku main bola dengan member-member tingkatan besar-besar. Dalam setengah jam main bola, ada dalam sekali dua saja aku dapat bola. Dem it, mereka ingat aku kecil aku tak handal! Mereka tak tahu aku boleh jadi handal serupa Ozil bila dah besar nanti. (Tapi kerana dasar pembangunan bola sepak Malaysia hasil teraju FAM yang serupa cacat lahir, bakat sebagus Ozil pun boleh berkubur, percayalah).
Satu petang, member tingkatan besar-besar aku, Ajis menghampiri aku yang ketika itu sedang ralit bermain basikal.
"Aku rasa tayar basikal kau ni angin tak cukup, dah nak pancit gayanya", Ajis belek-belek tayar depan basikal aku.
"Habis tu, apa aku nak buat?", tanya aku yang ketika itu baru nak berjinak-jinak dengan dunia perbasikalan.
"Kau pergi kedai Ah Peng hujung kampung sana, bagitau dengan dia kau nak pam tayar", ujar Ajis serius, muka langsung-langsung tak senyum. Aku pun jadi serius sama. Aku rasa itu perkara yang mustahak dan tak boleh diambil mudah.
Maka petang tu aku kayuh basikal dalam sebatu lebih pergi kedai Ah Peng.
"Ah Peng, saya nak pam tayar basikal, macam dah nak pancit gayanya ni", gua minta tolong Ah Peng. Muka aku maintain serius, baru nampak ada keyakinan dan steady.
"Ok dik, sekejap haa", Ah Peng senyum-senyum, sambil pura-pura pam tayar depan basikal aku.
Tak sampai 5 saat kemudian..
"Ok siap! Lagi 10 tahun tarak pam pun takpa, baik punya angin wa sudah kasi masuk", Ah Peng menurunkan sedikit ilmu perbasikalan beliau kepada aku. Aku angguk-angguk senyum.
"Terima kasih Ah Peng".
Aku kayuh basikal laju-laju. Tak sabar-sabar aku nak cerita hal tu kepada Ajis.
****
"Ajis, aku dah pergi pam tayar basikal. Ah Peng cakap 10 tahun tak pam pun takpe lepas ni", aku cerita pada Ajis dan kawan-kawan sambil menongkat basikal.
Kah kah kah kah!
Ajis dengan budak-budak lain bantai gelak sama gua secara berjemaah. Ada yang berguling-guling. Ada yang menangis. Ada yang menghantuk-hantukkan kepala dekat pintu locker.
"Apa benda?", aku mula rasa tak sedap hati.
"Itu tayar mati! kah kah kah!", Ajis sambung gelak sambil gosok perut dengan tangan kiri.
Paaaapp!
Aku tampar muka Ajis pakai backhand.
****************
Skang, klu aku terserempak ngan Ajis, aku wat2 gaya back hand, ternyata dia masih cuak. Begitulah kesan yg sgt besar ketika ini dari tgn yg sgt kecil ketika itu. Ah Peng pula gagal di kesan di kampung aku mahupun di Google.com.
********************
Ok, aku da boleh balik rumah kot..zzzz...